Tuesday, March 30, 2010

Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010

jalan pye jalan terjah pye terjah
terjumpe contest ni so sape2 nk join boleh jln ke blog malia&hubby ini ;-)

Senang je syarat2 penyertaan kami:-


1.Mestila menjadi follower blog malia&hubby ..

2.Entry korang mestilah menggunakan tajuk ::Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010::..

3.Letak banner di atas di ruang side bar blog korang...

4.Sekiranya anda sudah menyiapkan Entry tersebut, sila tinggalkan komen di ruangan malia&hubby..

5.Cabutan Bertuah ini akan berakhir pada 31 MAC 2010..

p/s: agak2 aku ni betuah tak ye?hehe arap2 ada la tuah tu ye bak kata peribahasa tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa yg tahu (btl tak ni aku b.m tak bape excellent hehe)

!!!terkena litar letrik semasa tido!!!

Disebabkan terlampau letih dgn aktiviti di siang ari kemarin
aku tdo awal mmg pecah rekod tdo tepat jam 12 mlm
ye la kan dr pg sampai petang ada kelas
last kelas pkul 9 mlm
mawu tak cair otak n saraf2 pun da lintang pukang
otot-otot pn da longgar abes sume sebab tangga sbyk 400++ anak tangga
bab tangga ni mmg tak dpt nk elakkan sb ianya penghubung aku dgn fakulti aku
aduss kenapa begitu kejam org yg reka tangga ini?
kenapa tak buat escalator aje?bia aku yg sponsor
( hehe klo nuffnang aku beribu2 pn blom tentu nk sponsor)

baik sedekah kt anak yatim je hehe..sbbnye time tu aku da bes stdy ;-)
buruk btol perangai tak pe la kn
biar la pelapis baru merasa seronoknye naik turun tangga beribu2 tiap ari ;p

da jauh melalut ni..
memandangkan aku tdo awal semalamso tak dapt la nk wat operasi blogwalkin ye..sorry ye kwn3

ni nk cite sket pengalaman yg aku alami
smlm aku punye la syok tdo tak smpai 1 minit

letak kepala terus terlelap sungguh sonok sgt tp tetiba kena arus letrik
huh bahaya btol kn arus letrik yg aku kena ni
tp bkn mcm yg akn tercacak abes rambut le bile kena kejutan
tapi


(begini la keadaan aku mlm itu hehe..tipu aje..tak le seteruk ini)

yg ni tetiba je badan tersentap lebih kuat dr kena arus letrik..

2 3 minggu ni kerap lak jd kt aku
tak tawu kenapa sbbnye sblm ni tak penah jd pn
korang tawu tak kenapa tetiba tersentap mcm terkejut dlm tido ni ye?
apakan sebab ianya terjadi?
so pada sapa yg tawu dan arif ttg ni silalah share ye
sangat berharap dpt tawu punca2 ianya terjadi..
ada jgak search dan ini jawapan yang aku dapat;


tajuk artikal ini adalah TERKEJUT KETIKA TIDUR
...jom kita cari tawu...

Di dalam tubuh setiap orang memang terdapat arus listrik. Arus ini diperlukan oleh bahagian2 tubuh untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Bahagian tubuh yang paling banyak dialiri arus letrik adalah serabut-serabut saraf. Oleh sebab itu, bila serabut-serabut saraf yang ada di otot dan persendian terbentur benda keras, tubuh akan mengalami sensasi terkejut, seperti terkena arus letrik.
Kemungkinan, hal inilah yang Anda alami.

Anda tidak perlu khuatir jika kadang-kadang terbangun dari tidur malam secara tiba-tiba dan merasa seperti dialiri arus letrik yang membuat terkejut. Tidak ada kaitan antara hal ini dengan gangguan jantung. Benar, di dalam jantung pun terdapat arus letrik. Namun, hal itu berguna untuk memompa darah. Kerja arus ini tidak dapat Anda rasakan langsung, tapi bisa Anda rekam melalui alat elektrokarfiografi.

Namun jika gangguan seperti ini sudah lama dan sering Anda alami sehingga mengganggu aktiviti, sebaiknya Anda segera berjumpa dengan doktor specialist saraf (neurolog) untuk mendapat penanganan yang tepat.

(artikal ni menggunakan bahasa indonesia puas ati translate yg mana tak paham tu pandai2 le translate sendiri)

p/s: ooo dlm jantung pn ada arus letrik patut la pn..byk la arus letrik dlm jantung aku ni.isk3 klo berlarutan nk jpe doc le takut gak..korang msti penah gak kena cm aku kn??jom kongsi pengalaman berkaitan dgn isu ni..

sbnarnya aku isau gak da gangguan makhluk halus ke kaco aku..sah3 mmg tak berkaitan langsung le ye..huh lega..takot gak ;-)


Sunday, March 28, 2010

!!ari ahad ari beriadah tau!!


ptg td misstora tak de jenjalan di blog kwn2
tp jgn isau kunjungan ttp dibalas cuma lmbt sket je
misstora br je selesai jln ke suma blog2 kwn2 yg bekunjung ke blog misstora ni
mlm ni agak bz so x dpt nk jenjalan ke blog kwn2 lain..
x pe pas je bes keja t jln2 k..
ptg td misstora sibuk beriadah le bkn berdating ;-)
(muka da gelenya da ni hehe)
ye..td misstora kua dgn ehem3 ;-)


(igt aku je kuat shopping die lagi sakan huh penat ikut die)

skrg keja dkt dgn misstora agak selalu gak le kua
tp pas ni gud bye la ye misstora da nk blik ke kedah
da abes stdy blik ke tanah tumpah darah le
jelapang padi yg menghijau huhu rindu dgn padi ;-)


(da pening duet kua byk haha..serabut ++penat)'

da kua bershopping sakan mmg letih le..
tp takde begambar sakan le..
mood bershopping membataskan niat utk bergambar
sempat snap2 pic die je sket..tak pe la nti3 da lgi
nk update gak sket sblm nk membelek buku


(ni pic botak dia selepas blik dr pulapol haha..lawak gila kot ;p)

p/s: sonok shopping tak kuar 1 sen ni haha..(sian dia sape suh belanja)
td on the way g shah alam ada xcident..tgk le paper esok..dgr kate mangsa meninggal dunia..ntah tgu paper klo ada esok..seramm..

Saturday, March 27, 2010

bila nk berbulan madu ni!!!@!*#

argghhh..geramnya tak dapat berbulan madu neh
hoho..tension giler..
bulan madu bkn cm pasangan pengantin baru ye hehe
bln madu berblogging dgn ati yg girang++tenang++menyeronokkan
skrg ni aku hanya mampu menjengah ke blog kwn2 je
tak de masa nk update
dan
yg paling tak puas ati lagi
aku tak dpt nk join lg contest "bila dak itam berdialog"
arap sempat le aku join ye (first time nk join contest ni)
bila nk abes keja2 aku neh
sungguh final year student takde masa nk berhoneymoon
so terpaksa la mengikut arus kemodenan
ayat pn da lari da nie..itu tandanya perlu tdo
aku tak tido smlman ni..
utk mgu2 terakhir sblm final exam
sebelah malam adalah waktu siangku (weekend le)
klo time kelas mmg tdo 2-3 jam je le..:(
takpe2 aggp je 1 cabaran dan semangat utk meleraikan status pelajar tahun ni
aku nk luahkan itu aja..
kalo jarang pegi blog korang paham2 je ye..
tp cuba cari masa jgk le :-)
jom solat subuh...

p/s: dreamweaver 8 yg sgt menensionkan..kena explore dr A-Z sendiri huh..sgt x best!!
dua mlm berturut ngadap dia..

Thursday, March 25, 2010

top blogger 2010!!!

ehem3..ni kali ke2 misstora dpt award
kali ni kwn blogger misstora dr brunei yg bagi
jauh tu ssh je bgi bie nie hehe..
sangat shuke n shonok dpt award ni

ANUGERAH TERHORMAT TOP BLOGGER 2010
(tetiba asa cam artis hehe)

thanks a lot ye BIE AZREENA
sejak bln MAC muncul ni rajin sgt misstora update blog
dan kerajinan itu tak sia2 sbbnye dapat 2 award utk bln mac hehe
suka sgt!!!
mende2 cni membakar lg semangat misstora utk lg aktif berblogging

di bawah ni adalah senarai blogger2 yg rajin berkomunikasi dgn misstora..
harap korang sudi terima ye
:-)

yana
arein
skyjuice
irwan
inarasouza
cikapple
yourcomment
yott
didi
hunny
ain abdullah
wawa

rules2 utk accept award ni adalah seperti berikut

1-THANKS & LINKS THE PERSON THAT GAVE YOU THE AWARD (done)

2-PASS THIS AWARD ONTO 12 BLOGGERS YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FAN FANTASTIC (done)

3-CONTACT SAID BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE WON THE AWARD (done)

p/s: glamour gak aku neh (keperasanan tol)

Wednesday, March 24, 2010

memang org yg banyak pikir rambut cpt gugur dan botak ye

aku asa kebanyakkan student mengalami masalah ini
tetapi pompuan yg akn lebey mengalami msalah rambut gugur
kwn2 pn ada yg mengalami msalah ini dan ada jgk yg hampir menampakkn lorong n peta2 kt kepala (botak) hehe



tapi mmg normal rambut gugur setiap ari kn
tapi kalo da hampir botak mmg agak merungsingkan le
selalu org ckp klo rambut gugur sbb byk piki salu makn meggi
ptt le student byk rambut gugur sbb meggi adalah maknan wajib student
nak lak bila da ujung2 sem ni mmg btol la kot kenyataan itu ye
bayk piki pn blh jadik gak sbb belajar ni mmg kena byk piki
tapi nk lebih tepat aku search kt mr.google le ye..
so kwn2 senasib jom kte terjah hehe

sumber menyatakan bahawasannya;

Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut. RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?

Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

cara mengatasi masalah rambut gugur;


Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.

melebatkan rambut
a) apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.

b) ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi. aku asa cukup la petua2 kt ats tu ye kalo bg byk pn blom tentu sempat nk cuba ye la kn student ni busy sokmo je..takpe kawn seperjuangan nti pas abes stdy mulakan operasi ye :-) slmt mencuba

p/s: aku pn nk cuba gak hehe..kalo da kronik serbu je yunam haircare hehe..tgu bila da keje nti ramai2 pegi situ :p megi n byk piki btol ke ada kaitan ye??ada yg tawu petua2 lain jgn lupa share ye

mak aku asal aku balik je msti letak minyak yg warna ijau nk lebatkan rambut aku katanye hehe..

Tuesday, March 23, 2010

saya sgt penat

sangat penat menukar wajah blog saya
padahal yg senang ada nk wat yg susah gak
last2 ikut cam cikyana ckp je
aisshhh..sia2 tol keje dari petang tadi
waawawawa mawu nangiss...
oleh sebab letih nk tido awal mlm ni
nite sume


adakah minat penting dalam menentukan haluan kerjaya??

berbalik kpd persoalan di atas itu
korang setuju tak dalam kta memilih hala tuju hidup kite pada masa hadapan (kerjaya)
minat perlu d amek kira jgk
ini bkn bermakna sampai tak kena pada tempat asyik piki minat je
contoh kalau nanti bila time nk cari keja sanggup tanam anggur sbb tak minat keja yg sedia ada
itu mmg tak boleh la nak2 zaman skrg ni kan..alamatnye mkn pasir le ye kalo ank org kaya tak pe no hal le
keja je la apa yg kte dapat janji mashukk dan halal le
kes aku ni skrg aku d offer utk membuat permohonan TPM (tenaga pengajar muda uitm)
kalo pegi interviu ni konfem2 la utk masa depan aku jadi lecturer (tu kalo berjaya le)
+++
kena stdy master lak adeii ngak bisa kok.
kepala udah mereng ni mmg allergic sgt dgn buku ilmiah skrg ni hehe
sampai tahap gitu la
mula tu dilema gak le piki why not kalo aku try je kn
tp problemnya aku tak de perasaan nk smbg master wat masa skrg dan menjadi lecturer tak da langsung dalm kamus idup aku
wajarkan aku tak pegi langsung interviu tu
da la tu nti time interviu dia suh wat mock teaching, tye lak kenapa nk jd lecturer
nganga je la aku nti da lgsg tak minat tetiba nk pegi interviu tu
lagipn aku bkn seexcellent student lain yg d offer TPM tu..
huh bkn aku la tu..dpt pn sbb result atas urat je pn

mana la tawu korang ada pendapat ke ttg hal kt ats ni
dalam hal ni byk lagi peluang yg akan dtg kt aku kn dlm menentukan hala tuju kerjaya aku kan

so aku nk tye korang la wajarkah keputusan aku itu??

p/s: kalo aku jdk lec mampus ngantok student tgk aku pn da ngatuk kah3..mmg sgt x layak huhu..jom lunch!!lapo

Monday, March 22, 2010

...mak ckp org pompuan ni kena ada basic menjahit jgk,btol ke??...

aritu beli le jeans dan asal beli jeans je msti kena alter gak
emm..sbb ye la kn kaki jeans kembang dan aku tak shuke pakai jeans kaki terlampau kembang hehe :p
sbb aku ni anak kepada sorg tukang jahit so da la basic menjahit gak kn
1 advantage utk anak2 tukang jahit nie**


bkn nk riak or takabbur tp aku tak penah blajar dari my bonda he
tawu menjahit sbb salu tgk bonda menjahit then aku try le practice sndiri
cam tu je la cara aku belajar menjahit
so far aku pandai wat baju kurung, seluar dan baju rekaan sendiri je :p
tp tak nampak professional ag le still kena baiki lg
so lg tujuan aku tulis n3 ni sbbnye mak aku penah ckp
"hang kalo nk jdik bini oghang kena la tau gak menjahit,,nti baju ka suar laki ang koyak sket2 tak kan nk bwk p kedai kot" *versi kedah ye kwn*

emm..kepikiran seketika sejenak

tp btl la jgk kn kasih sayang akn lebey terjalin klo isteri yg jahitkan
jadi aku nk tanya pada kaum wanita ye perlukah kta msti ada basic menjahit ni ye??
dan kepada kaum lelaki perlukah isteri dia nti ada basic menjahit ni??
selesai sudey..
(motif sebenar nk bertanye je pendapat korang neh..sbb persoalan ni agak sukar utk d jwb oleh aku..:p)
jom ikut aku bljr menjahit jomm..jimat2 tak payah upah kedai hehe..

p/s: cun giler jeans aku tu..tak sabo nk pakai hehe..ye la kan jahit sendiri..kepuasan tu len ooo..

Sunday, March 21, 2010

***AWARD LAGI***

1..2..3..go...
jeng3..
semalam kan miss tora tgk msg kt shoutbox tu..
ade org bagi award kt miss tora tu..gile besh..
ni first time lak dpt award huhu..
blink3 seketika setengah jam tu huhu (gila tipu minah ni)
ekceli mmg misstora shuke n shonok le..
thanks to AinDeLuvlyAngel yg sudi pilih misstora sbg pemegang award ni hehehe..

update lg N3 ni sbb dpt lg award yg sama wah ternyata beautiful gak cik tora neh haha
perasan blog la yg beautiful org beautiful nara ja huahua..
thks to blackrose utk award ini ;p
sgn shuke n shonok ;p

*****************

ha inilah awardnye..cun kan hehe..sesuai dgn pemegang award ni
(ciss..takabur tol.takde le lawak je hehe)




dengan beso ati nye misstora nk pass award ni pada awekz2 cun d bawah ini
yanasham
syu
marjinah
farysa
fia


Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award.
2. pass this award onto 5 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself
.


last sekali seperti yg di pinta di cni misstora ingin menyatakan 7 perkara yg korang perlu tawu ttg misstora ni ye (agak skema ayat ini,,bgus skema itu professional kahkah)


* sorg yg org pasti sangka lemah gemalai (lemah lembut ar) bila fist tgk sy tp kenyataannya mmg lgsg tak lemah gemalai le..agak ganas huhu

** sdg bergelut menghabiskan final sem insyallah bln mei ni merdeka sbg sorg pelajar da tak mawu da status ini mawu status isteri org lak ye (aduss gelenya minah ni hi3)

*** suka kan alam semulajadi suka tgk pokok2 n laut2 yg ada di malaysia ni..nti ade duit br tgk kt negera lain lak,stakat skrg tgk kt dlm negara dah le

**** sgt besyukur d beri kwn2 yg ada ketika susah dan senang dan kwn2 yg btl2 teman sejati hehe

***** mempunyai cita2 dan impian tersendiri yg perlu d laksanakan dan yg utama misstora mawu pergi mekah dgn bonda tercinta

****** misstora kdg2 tu agak cerewet gak le (aduss ni buruk sket pangai) tp tak de le sampai buat org menyampah kn..cerewet2 sorg2 je hehe,

******* last yg anda perlu tawu..misstora syg sume kwn2 die..skali kwn slamanya kwn die (ceh3 caye tau!!)hehe

p/s: selesai sudey..sedap mkn tomyan td :-)

Saturday, March 20, 2010

+++ICT yg tak kesampaian huahua++

to all my beloved housemate
enjoy ur saturday nite yahh
adeii..nasib3
sungguh sadis tak dapat ikt korang berpicture2 kt ICT tu..
da ar lampu2 kt situ cun abesh
aishh..gila ah tension n rugi
tak pe apa kata nti kta pegi ag nk x??
nk le ye..tanpa aku gambar2 korang sume tak perfect arrha tgk ade aku br perfect pix neh.so next time pegi lagi ye kwn2 aku nk p gak :-(

emm..da le aku sorg2 je kt umh ni..hampes tol la
wat spoil tol sorg mamat neh..aishhh
to ima, anem, yana, cici n kak aina
cpt le blik den tgu krg blik neh
da buah tagn yg den bwak blik neh..
kta kongsi2 ye

p/s: tu la sape suh wat pangai huduh kan da hancur program..mamat tu lak muncul huhu..amek aku!!

....tak tawu nk masak pe arini...

aku masak??hebat sekali ye kwn2
klo chef yg bernama mastura ini melangkah kaki ke bahagian masak2 ni
tapi jgn d sangka aku mmg terkenal dgn masak hentam saja le ni
tp kdg2 sodap jgk..licin jgk n ada jgk org yg menikmati hidangan itu
tatkala aku menulis entry ini terasa amat la bekeroncong perut aku neh
hah aku ta tawu nk masak pe ni
bahan2 yg ada adalah seperti berikut;

ikan kering (kegemaran aku ni)
telor ayam (20 bijik ada lagi)
cili segera
cili padi
garam
gula
kicap
budu pn ado

hah bahan2 ni je yg aku ada
tp tiap ari mkn telor mmg tak membuka minda langsung
sapa yg pandai menvariasikan masakan sila beri tunjuk ajar ye :-)
walupn bkn kali ni aku blh aplikasikan
next time akn aku aplikasikan ye..
jom masak yokk..salam jam 1.30 p.m..
edisi masakan..

p/s: lagu irama keroncong sungguh lunak sekali
teringat wajah wife zizan pelakon tu..canteq..smpai ati x tunggu aku abg zizan

Friday, March 19, 2010

!!!first time di tag utk menjawab soklan cepumas wakaka!!!

tetiba aku blink2 sket sbb nye tgk kt shoutout 'anda telah d tag sudi2 la ye jwb'huhu..
maklum la blogger setahun jagung..dan tima kasih kpd hunny sbb sudi tag aku huhu
emm..asa berkobar n asa takde idea pn ada gak sbb soklan mudah sgt pejam mata je blh jwb huhu..
kan bagus klo soklan exam pn gini hehe..
soklan2 nye berbunyi begini jeng..jeng..jeng
!!!jom terjah!!!


1) siapakah diri anda di rumah?

adeii nasib aku ni byk karakter uhuhu..
kat umah aku d kenali sbg "maa_too_are" sape pandai sebut mmg sgt teror..
kat umah aku lebey pasif sket le tp terlebey manja dgn bondaku kalah adik aku..
itulah aku d rumah


2) siapakah diri anda di samping rakan?


ha disamping rakan mmg aku gila2 dan sgt hyperactive..
dan aku di kenali dgn nama "too_are"+"tora"+"tong"+"mas"
amacam sket kn nama aku huhu
too_are tu mmg nama aku dri sek lagi
tora nama aku semenjak melangkah ke u yg skrg ni
tong tu geng2 (geng kapak) aku yg panggil kononnya aku ni cm sotong bla berjalan btl ke??ntah hihi
mas ha nama ni macho sket arr..nama d panggil oleh jejaka2 kelas aku kahkah..mmg aku ssh nk besahut klo org pgl nama ni..jarang sgt org guna..
yg pasti nama2 kt atas tu mmg d gunapakai wat masa skrg..sapa nk lawan ada byk nama cam aku jomm le..hikhik


3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai

**banglo mewah
**keta honda civic
*****pergi menunaikan haji bersama bondaku
***suami soleh dan penyanyang (benda ka??hentam je la)
***keluarga bahagia dan anak2 yg chumelll :-)


4) siapakah nama pasangan anda

bab ni lemah lutut sket ar nak kabo..sbbnye tak sure lagi dia adalah bakal suami aku..
tapi takpe la aku kabo jgk le ye..nama pasangan aku skrg adalah jeng3
mohd quayum (adeii malu3 ni)

5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda

dia soft spoken (tak pernah tinggikan suara dia kt aku)
selalu bertolak ansur dgn aku
tak cepat melenting atau panas baran
mudah dgr cakap aku tp bkn tak kena tmpat le cth nasihat aku bg dia dgr n buat le :-)
dia terima aku seadanya dan memahami diri aku
(adeii..rindu kembali berbunga ni..'dalam ati ada taman tu')


6) bila tarikh anda couple

hah..sbnrnya kami bercinta pada 4 tahun yg lepas tp terbengkalai separuh jalan atas sbb tertentu
so tak tawu tarikh yang mana yg kena refer dlm dlm bln february le
kuat jgk jodoh kami ye pas 4 tahun blh kembali bersatu


7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda

setakat ini tak de..coming soon kot..huhu arap2 takde la ye

8) lagu tema cinta anda

suma lagu cinta lagu kami haha..malas nk berjiwang lebey2 ni..nti ulat nek bulu lak

9) apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda

dlu dia tak caring sgt tp skrg tersgt caring dan penyanyang dan serius dan ada matlamat idup yg jelas dan impian ingin memperisterikan aku huhu
adeii..arap2 dia mmg jodoh aku la
aku serah segalanya pada yg MAHA ESA dia yg berhak menentukan segalanya


10) tag 10 rakan yg lain

ehem..ni yg best.,,aku pilih random je ni..slmt menjawab ye kwn2..
yana
cik asheh
cik assila
bie
mr afham
mr azuan
armani
mr bally da shoe
mr hans
cik ana mardhiah

sekian wassalam..tima kasih dan dtg lagi ye :-)

p/s: sesekali menjawab soklan sepumas ni best jgk ye hehe

++pagi yg penuh kedamainan++

nie kali petama aku mengupdate blog aku ni di hening pagi yg penuh kedamaian..apa yg boley aku ckpkan suasana pagi d puncak alam ni sgt la segar dan damai..penuh dgn kabus2 putih yg menyinari langit di pagi ari..sejuk di pagi terasa sampai ke tulang..sungguh mengdamaikan..tetiba tingat kpg halaman arwah ayah aku..sbbnye mcm gini la suasana di kpg aku tu..bezanya takde padi je kt cni..motif tulis entry kali ni??

(terbayang wajah yg indah di hening pagi ni..mmg muka bdk ni cm anak aku nanti sebijik :-) bkn 2 bijik ye)

takde le yg menarik sgt motif kali ni tp yg aku tawu smlm aku sgt tidak boley tido..pas je layan cite korea tu pn skerat jalan dlm pukul 3 lebey aku berangkat melangkah ke kamar indahku n terus tutup lampu dgn harapan mawu menidurkan diri oleh kerana mata pn da tak mampu menjalankan tugasnya dia pn mawu rest..tp yg aku tersgt hairan aku sekadar blh menutup mata tp otak mmg resist to change ( tetiba tingat subject change) utk membenarkan aku melayari waktu tidurku..yg best tu da la tak leh tido tetiba badan terasa seram sejok je..tmbh dgr bunyi mcm2..bunyi org tutup pintu kalo setakat sekali dua tu logik la jgk ni selang 2 minit sekali aku dgr bunyi yg sama dgr dr arah jauh la..tp agak3 la kot kt2 setengah jam dgr bunyi yg sama..da reda bunyi tu dgr cm bising2 lak..adeii tak tawu la samada perasaan ke mmg btl ke..tp mmg smlm len macm tu aku rasa..bila bukak mata takde lak bunyi2 tp bila ttp mata je mcm2 aku dgr..da la bilik gelap gile..lampu aku tutup mmg time bkak mata tu aku teketar2 le takut nampak benda2 pelik lak kn..


(iklan2 kejap besama muka2 chumeell ..pg yg damai cuba boowat aku rindukn adik2 kt Al-Khadeem)

tp serius semalam adalah mlm yg pelik yg aku alami sblm ni tak leh gak tdo tp asa takde la mcm ni..moral of d story here, don't look back haha..pe la merapu d pg ari ni..takpe muka n jiwa penuh keimanan hasil solat subuh tak de pe yg nk ditakutkan da ye..(ceh...iye2 je smlm berpeluh2) huhu..nsib aku jenis macho gak tak kejutkan rumate techenta yg d ulit mimpi tu smlm, klo tak jatuh la martabat kemchoaan aku itu..pe2 pn pagi di puncak alam sgn mendamaikan..
sekian berita jam 7 pg edisi khas dr rafflesia
...salam 1 malaysia..

(hahahaha..nasib ade pix adek ni blh aku senyum br je nk sedey..tq ye adik rindu sgt kt kamu rindu sgt kt pp kamu yg nemok tu )

p/s: tu la pg2 buta jgn menyalak n ni jgk salah umi sket sbb smlm dia yg bermulut celupar aku yg kena musibahnya hihi..nasib badan la ye..tetiba sayu tingat ayahanda tercinta :-(


Wednesday, March 17, 2010

~ ape nk jadi le ye~

KOTA BHARU — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) meminta Shamsudin Che Derahman,41, menyerahkan diri bagi menyelesaikan beberapa kes termasuk isu perkahwinannya dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah JHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor berkata, lelaki yang juga digelar “Sudin Ajaib” itu masih belum dapat dikesan oleh pihak berkuasa sejak enghilangkan diri.

Menurut beliau, JHEAIK kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh negara untuk menjejaki lelaki itu.

Dalam kejadian baru-baru ini, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan Shamsudin ditemui pada pukul 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan, Taman Samudera Jaya, Batu Caves, Selangor selepas 23 hari mereka berkahwin.

Sebelum ini Shamsudin sempat menikahkan anaknya sendiri, Nur Hadhirah, 10, dengan seorang lagi rakan jemaahnya yang dikenali sebagai “Azhar” dalam sebuah kereta. - Bernama

..sumber dari kosmo online..

tetiba terpiki kenapa la benda gini masih lagi terjadi..sanggup kahwinkan anak2 yg msih kanak2 lagi yg ntah tahu ke tidak apa itu perkahwinan..emm..terpiki jugak apakah yg menyebabkan ibubapa sanggup memperlakukan anak mereka sebegitu sekali..yg aku pelik tu sebaya ayah dorang lak tu yg jd suami adeii..sanggup betol lelaki yg berpangkat ayah menerima bdk yg sebaya anak mereka menjadi isteri..pelik dan sangat pelik..begitu tak paham dan terpikir apa yg mereka ingin buktikan dan tunjukkan kpd masyarakat di luar sana..ntah la...tp aku mmg sgt pelik..

p/s: apakah nasib bdk 2 orang itu ye..kesian tol..


Monday, March 15, 2010

........titik noktah kehidupan pelajar.......

alam remaja bermula dari 13-21 thn
alam dewasa bermual dari 22- 2+++
(sumber dari anonymous,,tak pasti kesahihannya)
apakah motif statement ini aku pn kurang jelas layan je le


(time alam kanak2 ye ke??)

so skrg adakah aku remaja or dah dewasa ye??(kepikiran sendirian seketika)

klo korang la kn korang prefer remaja ke dewasa???(blh plak men pilih2 ni yee :)

mana blh beb umur ttp umor k no choosing2 tau hihi..antara 1 yg aku x bape bekenan neh bila angka umur aku da 20+++ time ni aku mmg tak bleh nk perasan muda, cute n comey da huhu..ilang satu nikmat idup tp tak pe mak aku ckp nikmat idup lain akan datang lak dlm kehidupan aku nti..nk tawu pe???,,,perkahwinan n naluri keibuan adeiii...apakah itu??malu giler mak ckp cmtu hhehe (berlalu tersimpul2 menjauhi ibuku huhu)...tp itulah lumrah kehidupan, perjalanan idup sentiasa berjalan seperti roda2 kehidupan or roda2 Kuala Lumpur tu :-) so..kta mmg da x blh berpatah balik kena sentiasa pandang ke depan tp sumtimes kena jgk pandang pada sejarah kehidupan kta n negara kta sendiri bg menginsafkan diri dan sebagai pedoman n peringatan ttg pe yg penah kta alami dahulu n supaya benda2 itu tdak terjadi lagi ye..kena gak selit2 dgn smgat jati diri ni br semangat tu ada kan...huh caya la hihi...

(zaman sekolah rendah btol ke?)

pencetus kelahiran entry kali ni adalah di sebbkan aku bakal menghabiskan sisa2 kehidupan aku huh cm da nk tgal dunia tros da ni..ishh tak de2 sisa kehidupan sbg seorg pelajar le..sbnrnya suma ada dlm ati ni ceh jiwang lak dia..tatawu adakah ati ini mampu mengatasinya..kesedihan kegembiran dan kemerdekaan sbb tali gari yg aku pakai sepanjang begelar pelajar ini bakal di gantikan dgn segulong ijazah..insyaallah...sonok?? mestila sonok la sbb aku akn melangkah ke alam perkerjaan tak lama lagi..huh pasni suami aku bernama BMW akn menemaniku hihi..angan2 mat jenin kena ada gak ye kwn2...tak pe berangan itu bgus utk kesihatan spritual kta ni ye..yg sedih tu sbb nya aku bakal berpisah dgn kwn2 yg selama ini sentiasa dgn aku ketika aku gembira sedih n susah mereka suma ada di sisi aku..sungguh aku bersyukur sbb sepanjang kehidupan aku, aku sentiasa di kurniakan kwn yg btl2 teman sejati..kwn yg tak memilih bulu dlm hubungan persahabatan ini..syukur sgt...tapi itulah ye setiap pertemuan pasti ada perpisahan n mmg kta tak akn lari dari situasi sperti ni..yg penting hubungan persahabatan itu msti beterusan walau jauh berbatu mana pn kta berada..i(nsyallah aku tak kan membiarkan hubungan persahabatan kta terputus d tengah jalan)..
ha apa yang nk dirisaukan FACEBOOK kan ada..ape la aku ni tetiba je blh lupe hehe...credit to fb ye kwn2..

(ketika loceng rehat berbunyi gitu la jadinye)

terakhir ramalan kaji cuaca dri sumber tora sotong.com

carta alir mengikut giliran kwn2 yg bakal mengendong anak yg melepasi carta aku

- sumitomo -

- kuniem -

(kuniem yg mengatakn carta alir ini benar n tepat sekali)

- yana -


(si yana ni aku tak dapat ramal sgt kurang nampak bayangan baby dia tu ahha..dia blh jd first n second jgk le)

- nurul aina n ima -
(serentak mengendong anak sbb mereka tlh membuat perjanjian mawu fight sapa yg bakal mengendong anak dlu haha)

(reaksi nurul aina selepas termeterainya perjanjian atr dia n ima)

sory to cici sbb ramalan tak dapat di buat ke ats kamu sbb kamu blm keluar dari alam persekolahan ye msh knk2 hyperactive lagi kamu ni...


ramalan utk aku pn tak dpt di buat ag..biasala aku ni bomoh utk org ramai je :p bkn utk diri sendiri


(inilah kami warga R605 tp tak cukup forum la..yg menjadi kamerawonam itu adalah yana)

p/s: ok la kot title entry kali ni ye..aku mmg fail bab2 tajuk karangan ni BM pn tak A1 hehe...