Saturday, August 29, 2009

...ALaHai...

mlm neh aku sgt bersemangat mahu menyiapkn sume assignment2 yg berlonggok2 tu..
tp internet lak slow..
MAKA menurun lah semangat berkobar
2 aku td tu..

igtkn nk settle sume asgmnt tu mlm neh
tp nampak gayanya sgt tidak mengizinkanlah
sbbnya lecturer aku suh cari
journal kt internet..

cne nk wat klo gitu jdnye..
ALAHAI..x taw
u dh neh nk wat ape..

NAK wat revision??
huh
x mungkin..aku sgt x de mood MALAM neh...
padahal next week
mcm2 TEST yg kena aku hadapi

arghhhh tolong aku!!!
!
ni la SIMPTON2 klo dh lame sgt study..
ye la bygkan dri darjah 1 - 6 dh 6 tahun

pastu form 1 - 5 dh 5 tahun

pastu lak diploma 3 tahun
last skali degree yg x bes2 neh 2 thn..
total sume 16 TAHUN tu huhu..

giler arr..no wonder la aku sgt jemu n temuntah skali ngadap buku..


inilah aku di dalam kelas hehe =p

mmg x sbr sgt neh nk best stdy..

pastu nk keje cari duit kumpul harta balas jasa ibuku :-)

sabar2 wahai mastura..
lg sket lagi kamu akn abes belajar..
SABAR KN SEPARUH DARIPADA IMAN..
amin
pandai pn MUHASABAH diri hehe..
okey la geng..aku mahu teruskan misi aku..
jumpe lg..slmt puase yg ke 8 sume

p/s: dikala anda malas nk stdy..igtla ibu bapa kt umah yg bertungkus lumus mencari rezeki utk anda..insyallah itu membuatkan anda bersemangat n cpt sedar dari tidur n mimpi :-)

Friday, August 28, 2009

!! KiNi AkU D TinGgALkAN !!

betapa sadis pedih dan pilunya ati ini kerana DITINGGALKAN entah kenapa kalian tega sungguh meninggalkan diri ini.. apa salah aku sehingga d perlakukan begini..sggh aku tdk sangka sampai begini KETEGAAN kalian..haha..
merapu pe minah sorg neh..
sbnrnya aku

dedikasikan N3 aku kali neh
special for my

BELOVE
D HOUSEMATE..CAMNI LA!!,, UMICIT,,
BARAKUD,,IMAMOK,,CICICOS

Sbnrnya kan umah ni sunyi sgt..ni x sampai sehari kalian sume pergi.hihi

nasible..da gak ANEM yg x kemana2 n setia menemani DIRIKU ini hehe..kalo x nangis aku sorg2..dh le 3 ari ditinggalkan tu..mulanya tu mmg plan tergedik2 dh nk ikut KAKAINA ke pahang




TETAPI memandangkan n memikirkan byk lg keje sekolah yg perlu disiapkan aku n anem sebulat suara mengambil keputusan yg sgt berat dgn tidak menjoinkan diri ke umah kak aina di pahang tu..huhu punah ranah n remuk berkecai segala plan nk berjalan di cna tu huhu..cici lak yg n'joy kt cna..x pe la biarkan la apakan daya kita tidak dpt mengelak sgala kesulitan yg timbul secara tdk d undang ini hehe..tp logik n relevant gk
la aku n anem tdk mengikuti rombongan kak aina itu..klo x mmg stress aku dibuatnya sbbnya kena siapkan keja dgn rushnya

pada satu sama nti..huhu
tidak kesanggupan la aku..

tp xpe MOLEK jgk dorang sume blik sbbnya2 adalah:

1) mereka2 akn bwk buah tangan yg byk
2) makanan yg sedap2 gitu
3) bg aku peluang n'joy berdua dgn anem hehe..
4) dpt membwa KCD berjalan2 menemani aku n anem
5) belajar idup berdikari sket jgn arapkan KAK AINA je yg masak hahaa..
tentu kak aina bangga dgn adiknya ni..yg skrg mempunyai kesedaran sivik :-)
6) aman sket kot umah neh..tp asa cm pelik lak umah ni aman..slalu cm org kena histeria je tmbh2 dgr sora cicicos haha..
7) leh KURANGKAN KONTROVERSI N TINGKATKAN PRESTASI hehe..bkn pa mcm2 la ragam housemate2 ku ni..temasuk la aku gak..kjap nangis,,gaduh,,merajuk..poneng den neh :-)

to those people that i've mentioned their name earlier..hope u all enjoy ur holiday yah..but dun forget TOOARE n ANEM kt cni huhu..waiting u all come back here..muahahahahahah..MiSS u :-)

Thursday, August 27, 2009

TaWu SaPA JODOH AnDA???

SaLaM...uTk EnTRy aku kaLi nie..

berkisar TTg J.O.D.O.H..

ekoran daripada aku menerima SMS dari kwnku..

salam ramadan dan aidilfitri yg bakal tiba..sy ingin menjemput semua kwn2 utk menghadiri majlis pertunangan sy pd 23 sept 09 ni..dijemput dtg ye.

INILAH SMS KWNKU , IZNI :-)

huhu..terasa ati melonjak sket utk tawu sape la JODOH aku neh :-)

besa la kn..kdg2 x de benda sgt nk pk mulala berangan2..

tepiki gak kn..cne la aku nk tawu SAPA JODOH AKU??

JOM KITA SIASAT..

PETANDA SI DIA JODOH KITA!!



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

BERSAHAJA

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

SENANG BERSAMA

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

TERIMA KITA SEADANYA

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

SENTIASA JUJUR

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

PERCAYA MEMPERCAYAI

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

SENANG BERKERJASAMA

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

MEMAHAMI DIRI KITA

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

TAMPILKAN KELEMAHAN

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

KATA HATI

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

MIMPI

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Madah Cinta

Manusia merancang, Allah menentukan

Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka

ingat neh..Biarlah hari-hari berlalu. Lapangkan jiwamu, terima keputusan Qadha’ ILLAHI. Jangan bosan bersabar :-)

Kesimpulannya JODOH dan AJAL sume ketentuan ALLAH S.W.T..


Tuesday, August 25, 2009

~ KeMbALiKaN SeMaNgAT SaYa!! ~

N3 kali ni dibuat di dlm lab time kelas aku :-)
skadar mahu meluahkan sgala kekusutan dlm ati aku ni
alahai...pe la nk jd dgn aku neh..
makin lama makin malas sgt!!!

MALAS tahap cipan tenuk sume ade
bkn mls pe malas STUDY pye pasal..
org dh nk bes stdy mkn rajin sbb da x sbr nk GRAD kn
tp aku neh TERUK giler arr..
ni dlm kelas pn BOSAN sgt
X DE SEMANGAT LANGSUNG ZERO TERUS..
so..what should i do???
how can i bring back my spirit??

tingat time diploma dlu..
aku neh leh diktakan rajin la
wat keje pn consistent je
..
x da la byk buang masa cm skrg neh..
hai..cne neh..isau jgk dgn diri sendiri neh..
aku asa aku kena muhasabah diri le..
recall kembali apa yg aku target utk stdy aku neh
aku dh x leh leka lalai n bermimpi plus berangan je
aku perlu bertindak..
aku kena ingat harapan org2 tersyg yg diletakkan ke atas aku..
so
please DOAKAN aku..
smoga semangat aku pulih seperti sedia kala n lebih baik lg..

Saturday, August 22, 2009

!!~~ 1..2..3..sMiLe :-) ~~!!

N3 kali nie SUME BERKISAR TTG PICTURE JEW..
just wanna show all ma CUTE MIUT fwenz..

pic 2 ni di ambil smasa trip ke
melaka,,astro,,pusat sains,,dlm kelas pn ada
DAN
juga pic lelain ketika daku bersama kwn2 ku :-)
so..jom layan!!!



tiga org AWEKS konon2 nk jd model la
kt melaka tu hehe..
ish sape tah mereka2 neh.
x da bakat langsung huhu :-p


p/s: tp kn dlm 3 org tu yg mane yg de skit la bkat jd model? :-) wawaa



berbuka pose dgn bdk2 kelas
last year RAMADHAN

dis year arap leh la berbuka ramai2 lg..


jalan2 ke PLAZA ALAM SENTRAL :-)
rindu giler sama AKMARIELA..


nie le keja aku..
org suh focus kt lecture aku len lak focusnye
..
aisehh..pe nk jd neh..
ptt le test terok..wawawa
hehe..ni kwn aku..
namanya ima 'nk main x' hehe





ni koleksi pix2 aku n kengkawan mase g
TRIP MELAKA..

sem 4 2009
beshx giler la time neh..
jenjalan cna cni..
'jln2 cari makan' :-)


CUN2 n HENSEM2 belaka bebudak kelas aku neh kn!!
we are from OMB55C yg besh gitu!!




dari SHAH ALAM ke MELAKA
sampai MELAKA sume penat belaka
mereka2 walupn penat ttp enjoy
belaka..
ini pantun x jd daaa.
REJECT!!!!



AKU AND ANEM
(muka keletihan berjlan..senyum x ikhlas ~ngee~)

pic neh dlm kelas n time g trip baru2 neh
ke ASTRO..

p/s: sungguh, btl, sgt n beshx giler la..
waktu 2 aku BESAMA korang sume..
muahhhhxxxx luv u!!!

sedey bila dh bes study nti..
bila lak le leh jpe korang sume..
dh x leh menangis, bergembira, ,bergaduh, berenjoy
N
bermain2 besama2 lg :-(
x pe le ape yg PENTING..
smoga korang CERIA n HAPPY sokmo
di mane je korang berada :-)

FiRsT DaY SaHuR

aku bgn pukul 3 pg tuh..
EXCITED
giler nk bersahur neh..

tp aku bkn org first yg bgn la..

huhu..tu pn kwn kejutkan..

klo x alamatnya bersahur dlm mimpi ler..



agak beselera gak le..
eh bkn tp sgt berselera makan
2 kali tambah lak tu..
bkn pe tapau siap2 dlm perut neh..
esok kn pose hehe..

tp tu la kn mkn ramai2 neh mmg best
BERSELERA SUNGGUH..


kwn2 aku tu lg la sakan tmbah 2 3 kali lak tu..bagus2..
menu ea??
SIMPLE
Je..

just mkn ayam percik masak tempoyak ayam golek huhu

p/s: dok kolej mana leh makn gini2 kn..ssh sket..(leceh btl kolej aku neh)




manusia2 yg menghabiskn makanan FIRST DAY SAHUR :-)

tp ima je x join..sbb beliau blik umahnya..
huhu agak rugi la..
xpe2 len kali kta sediakn menu yg sama k..
dun worry




ishh klo ni menu nye bkn simple namanya
tp melebih2 la lak kn =p
x da la..aku n kwn2 just mkn
nasi + sambal ikan bilis + papedom + ayam goreng
nyamm nyamm nyam ..SEDAP..


ALA LUPA NK AMEK PIC MASAKAN TU..
MAMAI LG TU YG X DPT KEPIKIRAN DGN BERNAS..

PE2 PN SGT PUAS ATI..
SBBNYA LICIN ABES SUMA MAKANAN
TU :-)

X SIA2 AKU BGN AWAL PG JD ASSISTANT CHEF NURUL AINA..
HEHE


p/s: suma bahan masakan leh di dapati di TESCO =P

SEKIAN BERITA JAM 6..EDISI SAHUR :-)

Thursday, August 20, 2009

~~dh nk POSE oii~~

AKHIRNYA RAMADHAN dh nk muncul..
EXCITED
sgt..bkn pe time2 ni la..

nk menambah ibadat n pahala lebih kn..
time len p
n tambah gak..





tp bln mulia ni la yg ptt kta kejar utk tmbhkan pahala dan amalan..
so pada gurl kt luar yg x ganti lg pose sila2kn lah ye..

kang nti utang lg tahun depan.. :-)
bkn gurl je tau guys jgak..

especially yg selalu bg alasan gastrik tu ye..:-)

cpt2 la korang langsaikan utang2 korang tu..
bg yg tgal jauh dari family cm tuera ni..

msti sayu je masa ari first smbut ramadhan..
dh lbh 5 thn tuera x penah smbt ramadhan dgn parents..

balik pn dh dkt2 nk raya
tmbh skrg ayah dh x da..lg la asa sayu je..
ye la tgal jauh..cuti pn weekand je..:-(


memandangkan ramadhan tiba hanya setahun sekali..
marilah kita bersama-sama mengigati perkara asas dlm menjalani ibadah puasa ini





Rukun Puasa


Niat Puasa

Niat puasa boleh dibaca di dalam bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

"Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

* Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Makan, minum, merokok membatalkan puasa

* Muntah dengan sengaja; muntah yang tidak dengan sengaja tidak membatalkan puasa

* Mengeluarkan air mani

* Melakukan jimak (hubungan jenis) pada siang hari

* Kedatangan haidh, nifas atau wiladah

* Menjadi gila

* Pitam sepanjang hari

* Mabuk sepanjang hari

* Murtad iaitu keluar dari agama Islam




SUNAT PUASA

Makan sahur walaupun sedikit. Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah saw bersabda: "Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw telah bersabda: "Makanlah sahur kerana ia menolong menguatkan kamu berpuasa pada siang hari."

Melambatkan makan sahur, tetapi janganlah hingga terbit fajar Riwayat dari Abi Dzar ujarnya: "Sentiasalah umatku dalam kebajikan selama mereka melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka.

Menyegerakan berbuka puasa Abi Zar meriwayatkan: "Bahawa Nabi saw pernah bersabda: Umatku akan tetap segar-bugar, selama mereka melambatkan makan sahur dan berbuka dengan segera."

Berbuka dengan buah tamar atau air sejuk Diriwayatkan dari Annas: "Rasulullah saw berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air."

Meninggalkan kata-kata yang keji seperti berbohong, mengumpat dan lain-lainnya

Mandi hadas besar sebelum fajar

Memperbanyakkan sedekah, derma, dan ibadah seperti membaca Quran, solat terawih, solat tahajjud dan witir

Banyakkan beriktikaf di masjid

Makan dan minum dengan cara yang sederhana

Membaca doa berbuka:
    • "Ya Tuhanku, kerana Engkau aku berpuasa, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka."
TUERA MENGAMBIL KESEMPATAN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA PENUH YE :-)

Tuesday, August 18, 2009

!! ~~AdA aPA DgN MiMPi??~~!!

seJak 2 4 meNjak neH KwN 2 6 OrG kWN aku NeH
ASiK2 kEjaNya MiMpI ajew..



aDa Yg mImPI teBuaN, boYA, leBaH,
suMA jeNis MakHluK mSk dlM miMpI dOraNG..

AlaHai..bErtAnya pula MakNanya PD akU..


aLmaKlum La aku ni Kn pANdai MenTaFsir MImpi hehe..
MEn HEntam Leh LA..
sorry le kwn sal slh bg info..huhu



Sy sedaya upaya telah meredah lautan mencari tok guru
mentafsirkan sgala2 mimpi2 anda itu
jOm KITA terjah abes2san
mulakan dgn BISMILLAH.. :-)

...kita terjah mukaddimah mimpi dulu ye...

Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :
1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya
maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain,
dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya,
maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan
jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Mimpi
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah.
Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa.
Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur.
Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya,
dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya,
cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad.
Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending),
masih ada yang tinggal dalam jasad.
Sebab itulah orang tidur masih bernafas.

Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air.
Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan.
Begitulah juga orang yang bermimpi,
sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Menarik Minat

Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat
menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini.
Ianya telah menjadi tema perbualan dan juga renungan,
baik kepada golongan muda mahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman.
Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt.
yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya.
Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak,
kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan,
kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar
bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna
di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya,
dan kerana itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan,
yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya.
Dan sejak itu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka
terutama dalam kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar.
Setiap mimpi yang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi.
Kerana itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan
cerita-cerita pengembaraan yang bermula dari mimpi-mimpi yang aneh.

Campur Aduk
Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk
di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai.
Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan,
Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as.
yang meramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil,
tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah
pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yang simbolik.

Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengan tamthil-tamthil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis
beberapa ulama Islam di zaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal.
Di antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).

Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal,
terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic)
kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh
supaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada
mengetahui urusan ghaib selain dari Allah swt.

Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi.
Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu.
Menurut mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau
pemuasan angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan,
atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan;
kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup.
Mereka menolak mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang,
mereka juga memutuskan hubungan mimpi dengan Allah swt.

Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa tafbir mimpi itu adalah suatu kerja yang sukar,
kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang yang sulit,
sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat standard dan universal.
Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itu telah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul
akibat dieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.

Adab Selepas Mimpi

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran,
maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi,
iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt.
dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang
dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya
jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan
yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia.
Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain,
kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita.
Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)
Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

Mimpi Benar
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu.
Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu.
Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar.
Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu
(in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku.
Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan.
Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan,
yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib.
Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya.
Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil.
Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan.
Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha
Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai.
Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah swt. sebelum tidur (Is_haque).
Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta.
Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.
2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri
(contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkin akan bermimpi sedemikian (Is_haque).
Juga termasuk mainan syaitan.
p/s: cpt2 le berangan jpe dgn artis pujaan anda nti blehla jpe dlm mimpi heheh

maksud-maksud mimpi

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak

57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak


Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan

2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta

3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang

4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.

5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.

7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.

8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya

10. jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.

12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung

13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.

14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan

15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan


Bermimpi Akan Haiwan

1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.

4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.

5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki

16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita

18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana

22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal




Monday, August 17, 2009

~<< CrAzY FriENds Of MiNE >>~

KAWAN2KU yg disayangi suma..
en3 kali nie khas buat kalian sume..
Disini juga aku sediakan teka-teki yg unik gitu..sapa yg teror pejam mata pn msti leh jwb nye..


1) makhluk ni pok pek pok pek..
kalo diam msti pelik dunia ni..
mai dari kodiang..

siapakah makhluk ni hehe..

p/s: kamu sokmo comey..(nk bg x kena marah ni hehe)


2) makhluk ini tinggi cm gunung everast..
persis model kola muda gitu..
klunya always blurry sgt2 blur la..
siapakah makluk ini hehe

p/s: kmu mmg cm model =p


3) makhluk ni lak..
plg comey kalo peluk lg best.
klunya 'cmni la"huhu..
dia leh wat cm2 gaya oo..

p/s: kamu la plg comey n plg pndai bergaya padaku =p


4) makhluk ni lak..ssh gak la nk bg klu..
tp M.O.K. la klunya..
lagi satu 'nk main x' hehe

siapakah makhluk ini??

p/s: kamu kwnku tsyg =p


5) makhluk last ni..
spesel sket sbbnya dia ratu jerit,ratu jerkah..sgala ratu la..
skali jerit runtuh bangunan..huhu..
sapakah mkhluk ni =p
p/s: kamu rumateku tsyg ehehe..



masa utk kita bermain



umi. C.I.T..anem O.R.G2..tora.T.O.N.G


6) makhluk ni pn ssh gk nk bg klu..
tp dkenali sbg barakud..
sapakah mkhluk ni..huhu

p/s: kamu ttp manis bgku =p


..SAHABATKU..

kita masih bersama
ke mana saja kita tetap bersama..
bergembira, bergelak ketawa, bersedih berduka...
kita tetap bersama..

masa itu..
kita masih bersama...
kehidupan yang gembira..
suka dan duka..
aku cuba beri yang terbaik sebagai sahabat..
tapi...
tak diduga.. begini akhirnya..

saat itu...
kita semakin jauh..
tidak lagi bersama seperti dulu..
tidak lagi semesra dulu..
masing-masing dengan hal dan kehidupan sendiri...
mencari dan mengikut haluan sendiri..
segalanya..
tiada lagi seperti dulu..
janji dan kegembiraan itu..
hilang entah ke mana..
tanpa diketahui apakah silapnya..

detik ini..
baru ku tahu..
kita tak lagi sehaluan ...
kita masing-masing..
punyai kehidupan sendiri...
baru ku sedar..
yang kita..
harus mencari perubahan hidup yang abadi...
maafkan aku..
andai aku yang merubah segalanya...

..arap persahabatan kita berkekalan sampai bila2..

...semoga kita berjaya dlm idup...


to i.m.a: arap kamu puas ati dgn en3 kali ni..

ni jew yg manpu sy wat

~!! Yg BeRnaMA AYaH !!~

En3 kali ini lebih kepada luahan rasa..ati..perasaan..jiwa
sume berkisar ttg perasaan aku yg terpendam selama ni..
dikala ini aku tgh menahan perasaa
n rindunya kepada
INSAN yg Bergel
ar

AYAH!!!..

terasa skrg ni aku semakin jauh dri AYAH..
walaupun pemergian ayah baru sahaja 6 BULAN..

bukan sbb aku melupainya..tidak sama sekali

tetapi aku terlalu merindui tawanya, suara, usikan n semangat yg
diberikan

AYAH!!


aku rasa aku seperti kehilangan tiang utk aku berdiri..
dulu ayah la yg sllu ada tatkala aku memerlukan pertolongan dan semangat darinya..
sekarang..aku berasa lemah sgt..
yg MENGUATKAN aku skrg adalah kata2ku dan janji2ku pada AYAH

raya terakhir bersama AYAH thn 2008

AYAH!!

sesungguhnya permergian AYAH sgt mengejutkan aku
aku hampir2 ilang semangat utkteruskan idup
tetapi
melihat IBUKU yg KUAT dan bangkit utk meneruskan idup tanpa

AYAH!!

membuatkan aku kuat menghadapi segala ujian dariNYA..
pemergian ayah secara tiba2 sungguh membuat aku
lemah dan hampir tidak dapat menerima kenyataan..

mungkin ALLAH mahu menyakinkan aku supaya menerima kenyataan itu
dengan mengembalikan jasad AYAH ke pangkuan kami sekeluarga
tanggal 1 feb 09..ayah selamat di kebumikan di sebelah abg
seperti yg di mintanya sblm dia pergi m
eninggalkan aku..

konvo diploma bersama ayah


ALHAMDULLAH dgn semangat dari
kawn2 yg sentiasa
menyokong n memberi semangat padaku
aku berjaya kuatkan semangat
aku bersyukur sgt sbb tuhan
memberikn aku kwn2
yg sedia membantu dan menyokong aku
dikala aku kesusahan..

jasa KORANG akan aku kenang hingga ke ujung NYAWA..
tanpa KORANG suma aku percaya aku akan putus asa
disebabkan KORANG la a
ku gagahkn diri
meneruskan cita2 a
ku..
DAN

menyedari JANJI2ku pada AYAH lah yg membuatkan aku
bangun menunaikan janji2 itu..

AYAH..anakmu akan berusaha menunaikan janji2 itu..

sesungguhnya aku sedih sgt sbb tak dpt membalas jasa AYAH
tujuan aku belajar pun adalah semata2 nak membalas jasa AYAH

tp tuhan yg menentukan segalanya..

apa yg terjadi adalah dari KehendakNYA..

berpegang pada kenyataan inilah yg membuatkan aku
REDHA dgn pemergian AYAH..

dan sekarang dgn iringan doa dan ayat2 suci al-quran yg dpt kuhadiahkn kpd

AYAH..


sesungguhnya tiada sorg pn yg dpt menandingi ayah di HATIKU.. bagiku

AYAH adalah WIRAKU..

sungguh pengorbanan ayah sgt besar yg x dpt aku balas.. INSYAALLAH..kita akan bertemu jua disana nanti..


p/s: kepada kwn2 yg masih mempunyai ayah..hargailah pengorbanan ayah dan balaslah jasa ayah sebelum terlambat..