Monday, July 30, 2012

FESYEN BAJU RAYA 2012

Salam Ramadhan semua.  

Hari ini genaplah 10 hari umat islam seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa.  Hari demi hari kita semakin dekat dengan Sambutan Hari Raya Aidifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.  Dan yang pasti bagi kaum hawa khasnya pasti sedang sibuk mencari baju raya dan yang paling penting fesyen yang paling latest yang kita, kaum hawa inginkan hehe. Kalau tiap tahun kita gayakan design baju kurung yang sama je mestilah bosan dan tak ada variasi fesyen langsung hehe.  So, saya ada search kt google gambar-gambar design baju kurung dan juga saya survey di kedai-kedai berhampiran pun design yang sama yang dikatakan design baju raya 2012 

 saya paling suka desing ni cantik sangat =)

 sekarang ini trend orang letak manik cantik2 di baju kan
yang pandai menjahit manik tu untung ler dapat design dan jahit sendiri
jimat pun jimat




yang ini pulak kain dan baju corak berbeza dan pada ujung tangan di designkan corak kain
cantik design ni 

korang semua yang mana design yang menjadi pilihan korang?? saya ada survey juga harga baju kurung siap design-design seperti diatas rate dia dalam RM180-RM200+++ tapi kebanyakan yang glam lg tu RM300+++
semalam tengok nona lawatan fara fauzana ke combodia dan kebanyakkan baju seperti diatas di import dari sana rate dari sana pun antara RM180 ke atas tapi harga tu jika kita bandingkan dengan hasil tangan tukang jahit tu memang berpatutan la kan..ya lah bukan senang nak jahit manik-manik semua tu perlukan kreativiti dan tenaga serta kesabaran yang tinggi =) jadi harga tu tak der la mahai sangat

p/s: tips untuk dapatkan harga murah belilah baju malam raya di jalan TAR hehe..tapi untuk design macam kat atas tu tatawu la blh dapat murah ker tak..tahun lepas saya dapat beli baju raya moden dgn harga RM25 sahaja di sana =)

** tema raya ini warna apa yer..jom pakat-pakat pikir**

KEPUTUSAN TERKINI SUKAN OLIMPIK LANDON 2012

Sukan berprestij dunia Olimpik Landon 2012 telah pun berlangsung dan hari ini merupakan ari ke-2 berlangsungnya beberapa acara yang melibatkan atlet negara malaysia.  Apa yang menyedihkan kita gagal mendapat sebarang pingat bagi acara yang telah pun berlangsung antaranya bagi sukan menembak dimana atlet negara Nur suryani gagal menempatkan diri ke pusingan seterusnya seperti dalam petikan mstar berliau berkata;

LONDON: "Mungkin belum ada rezeki lagi. Baby okay cuma ketika hendak mula menembak tadi, baby ada menendang sedikit," kata penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi mengenai kegagalannya melepasi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air Rifle Wanita.
Nur Suryani, yang kini mengandung lapan bulan, mengutip 392 mata untuk menduduki tangga ke-34 daripada 56 peserta yang layak menyertai acara ini di lapang sasar Royal Artillery Barracks, di sini, Sabtu.
Beliau bagaimanapun berpuashati dengan kutipan mata tersebut kerana hanya mensasarkan 390 mata pada saingan itu. "Catatan peribadi terbaik saya ialah 397. Memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya sasarkan 390 mata. Tidak sangka dapat tembak 392," katanya.
Walaupun gagal melepasi pusingan pembukaan, Nur Suryani tetap menjadi tumpuan media yang membuat liputan temasya sukan terbesar dunia itu. 
Apapun tahniah diatas semangat tinggi yang ditunjukkan kerana beraksi ketika sedang mengandung.
Bagi acara memanah serta pelumba basikal negara juga gagal mengutip sebarang pingat dan marilah kita memberi sokongan pada atlet negara agar membawa pulang pingat emas pertama pada olimpik kali ini sekaligus mengjulang nama Malaysia di persada dunia
go malaysia go!!!!!!

kedudukan terkini pingat 30 julai 2012
Anda boleh ikuti perkembangan terkini sukan Olimpik Landon 2012 di web ini dan siaran langsung 24 jam di TV2

Saturday, July 7, 2012

misi memasak resepi pertama = puding warna warni

mood : dijangkiti virus masterchef hik3
action : membuka helaian buku 1 hari 1 resepi yg 4 bulan lebih tak berbukak =)
result : tunggguuuuuuuuuuuu


puding warna warni..haha ntah jadi ntah tak la yer =)

p/s: bahan-bahan sudah siap tersedia tunggu masterchef tora dtg yer =) arap2 jadi la jpg rupa puding ni cmni 

** melangkah ke alam perkahwinan **

fuh kanan fuh kira fuh belakang fuhh depan hikhik
salam sume
apa khabar yer anda2 sume
ish3 lama sungguh tak masuk blog sendiri
org laen pn betukar status gak tp blh je hupdate apa yg patut
tapi mai kat tora toddiiia mai aiii berbulan2 ilang menyepi suma la
start bulan april hingga jun jadual tora mmg full
ye la artis la katakah kah3
byk la artis 
bkn apa 

14 april - akad nikah
5 mei - resepsi sebelah tora
2 jun - resepsi sebelah suami

sekadar nk share moment2 pada majlis perkahwinan tora aritu

 aksi gaya mutu keunggulan sume di ajar =) 

 biasa la rutin harian bg pasangan raja sehari aksi suap menyuap

dan yg pastu mmg happening abes dgn kawan2 yg sanggup datang dari jauh ke kenduri tora
luvvvv u alll so muchhhhhh

serik dah len kali turn adik tora mmg tak bagi dia jarak2 dh cm tora
klo blh buat sekali harung ja la penat pun skali ja
ntah time tora nape tah jd cmtu
tapi alhamdullillah segalanya di permudahkan
skrg ni dh jdik isteri org segalanya berubah
ada adik kakak n abg ipar ada mentua tapi sume tu bg tora
menambahkan lagi kebahagiaan idup tora
sume yg ALLAH s.w.t tetapkan untuk idup tora adalah yg terindah dan bahagia sgt
amiiinnn...syukur YA ALLAH s.w.t
diatas setiap pemberian yg engkau berikan padaku
suami yg penyanyang, bertanggungjawab, memahami, segalanya ada dlm diri dia
keluarga mentua yg baik dan sempurna bg diriku
syukur sgt..
bg tora melayari bahtera rumah tangga adalah perkara yg terindah dlm idup tora
semoga sumua keindahan dan kebahagiaan ini kekal ke akhir hayat
aminn...

p/s:tahun ni tahun pertaman menyambut ramadhan dan pastu aidilfitri..sukerrnya =)