Monday, September 20, 2010

dosa-dosa besar

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:



01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homoseks (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Ya Allah, peliharalah diri kami dari hasutan Syaitan yang menggoda. Jauhkanlah kami dari melakukan dosa-dosa yang akan menjarakkan hubungan kami dengan-Mu dan janganlah Kau palingkan hati kami dari agama-Mu. Ya Allah Ya Rahman, kami adalah hamba-hamba yang berdosa; berikanlah kami keampunan-Mu, sinarkanlah hati kami dengan cahaya-Mu, rahmatilah kami dengan kasih sayang-Mu, berkatilah kami dengan keredhaan-Mu. Ya Allah Ya Rahim, kami mengharapkan belas dan ehsan dari-Mu, tunjukkanlah kami jalan untuk ke syurga-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s: kredit to norbaity utk peringatan ini  

sabarlah, engkau akan berjaya

Telah diriwayatkan dari ummu Rabi' binti Barra, ibunya harithah bin suraqah yang gugur dalam perang Badar bahawa ia datang kepada Rasulullah S.A.W. ingin mendengar dari beliau perihal keadaan anaknya yang mati syahid untuk menyejukkah hatinya.  Dia bertanya:



"wahai Rasulullah, mahukah engkau ceritakan kepadaku perihal nasib Harithah? Jika dia berada di dalam syurga, maka aku bersabar dan jika selain itu, maka aku akan menangisinya sekuat-kuatnya." Rasullullah S.A.W. menjawabnya sekuat-kuatnya." Rasulullah S.A.W. menjawab:

"wahai Ummu Harithah, sesungguhnya dalam syurga terdapat banyak taman dan sesungguhnya anakmu mendapat tempat yg tertinggi di dalam syurga Firdaus."

kehilangan anak merupakan sesuatu yang luar biasa yg merobek-robek hati dan menggetarkan dada, wanita itu bertanya kepada Rasulullah S.A.W. bahawa jika anaknya di syurga, maka dia akan berjumpa kembali dgn izin Allah.  kesabarannya atas perpisahannya dengan anaknya mengangkat darjatnya dan darjat anaknya di syurga.  Jika keadaan sebaliknya, maka akan membuatnya menangis semahu-mahunya kerana berpisah dengan anak yang dikasihinya.  Sesungguhnya seperti itulah keadaan seorang ibu yang ditinggal mati oleh anaknya.  Dialah seorang ibu yang sangat pengasih, penyayang, lembut, sabar dan selalu mengharap balasan dari Allah semata-mata.  

besabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup, 
kerana kebiasaannya sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan.

"jika wanita yg cantik itu ibarat permata maka wanita yang budiman adalah ibarat perbendaharaan kekayaan"

p/s: tora sekadar nk share dgn kawan2 petikan dari buku jangan bersedih...lagipn dgn cara ini tora dpt membaca buku yg tora beli da lama dan x terbaca ini..alhamdulillah mmg berkesan sbb secara x langsung tora mmg dpt memahami mesej yg disampaikan melalui buku "jangan bersedih" ini..

selamat membaca =)

Saturday, September 18, 2010

bisnes apa yg paling best yerkk???

assalamualaikum sume..arini tora nk tanya pendapat korang la ye..sbnarnya tora ni mmg minat sgt nk berbisnes ni tp still mencari2 bisnes apa yg paling sesuai dgn tora ni..mesti korang tertanya3 demam apa tora ni tetiba nk wat bisnes ni..sbnarnya mmg minat bebisnes ni ada dlm dri tora dr kecik3 lagi ye la kn nk tawu x tora penah minta mak wat nasik lemak nk jual kt sekolah smpai la satu hari tu kena paggl dgn cikgu sbb kt sekolah tora time tu mmg x leh nk menjual3 ni hehe..pastu x putus asa ni jual milo, kacang, gula-gula mcm3 lagi le tp mmg best bila dapt sket untung modal tu blh bg blik kt mak tora then tora guna lak modal sendri hasil duit untung dr bisnes kecilan tora tu =) tingat time tu mmg sgt best la n lucu pn ada hehe..jual curi3 kt sekolah dulu..pastu lak tora cuba wat bisnes br lak tora bkak kedai dr tingkap umh tora haha..ni mmg kelakar jgk la kot ye la atur le alat3 tulis kt tepi tingkap umh tora then customer dtg kt luar tingkap le beli alat2 tulis dr tora yg best tu siap tulis lg kedai alat tulis haha..mmg sgt lucu giler ntah tora takde persaan malu lagsg wat cmtu sbb time tu bdk3 kot ye =) jgn tekejut tau sbb smbutan mmg baik sbb time tu tora jual org nk amek exam..upsr la pmr la spm la n tora war3kn le kt kwn3 skolah ada 1 hari tu tora dpt rm50+++ mmg untung byk gak la sbb tora pegi beli kt kedai borong hehe..ada jgk la kn bakat bisnes dlm dri tora ni..so skrg ni bila da besar3 kan tora tercari3 le bisnes apa yg tora blh wat ye..emm da besar ni msti la nk wat bisnes yg org kata btol2 bisnes la bkn mcm bdk3 dlu le tp sume tu kena ada modal yg agak byk gak la n benda ni jd problem tora gak sbbnye tora x bape byk saving le..

open house umah boss =)

 byk mkanan x termkn =)

ada jgk kwn3 ajak wat network marketing bisnes (score A) ni..sbb bisnes ni satu2nye bisnes education yg d networkmarketingkan..dan tora sbnarnya dah masuk pn..so far oke la tp kena byk usaha la..so sapa3 yg join bisnes ni n dah mmg jd leader pn tlg beri tunjuk ajar kat tora ye..tora sgt perlukan tips3 dan ilmu utk tora berjaya dlm bisnes ni..skrg ni tora dah ada la pengikut3 tora sendri dan kami bekerja dalam 1 team..mmg tora enjoy wat bisnes ni..ni bisnes network marketing pertama yg tora involve..alhamdulillah skarg tora dah ada pengalaman dlm network marketing ni..mmg tora akui bisnes ni mmg HEBAT dan ada potensi tinggi utk tora berjaya..arap3 tora lebey bersemangat dari hari ke hari..insyallah pasni tora nk cari bisnes baru lak..kdg3 pelik lak sbb br tora sedar yg minat tora lebey kepada bisnes =) 
nk pegi umh biznes partner,,ada gaya jd bisneswomen x ehehe

 so skrg ni skrg ni la keja part time tora =)

p/s: org ckp kalo nk kaya kena la wat bisnes klo skadar makn gaji tu lambat sket la nk kaya..btoi x?? =)

Saturday, September 11, 2010

ada apa dengan raya 2010???

 ha klo korang teror apa yg beza ek raya sblm ni dgn raya 2010 ni??
ha apa lagi jawab3 ehehe
 ha kalo korang nk tau apa ye ekekekeke..
raya 2010 ni sgtlah bermakna buat idup tora
sbb tora betunang hahaha
x da la ada raya3 ni wat mjlis pertunangan lak
raya tahun ni = hari lahir tora ;p
amacam hebat kan
for da first time its belong to me ;p
wah asa cm sume org meraikan bufday tora 
ye la pegi umah org ada mkn3 haha 
bila tora gtau je raya first ari raya tora
dorg ckp ha ni mjlis tora la heheh
ceh cover la tu tamau bg hadiah kt tora kah keh3..
emm mmg tora akn igt la 2010 ni
mmg sgt2 bemakna
arini dah raya kedua so still x abes beraya lg 
jap lagi nk pegi beraya umah sedara sblah ayah lak..
thn ni sedey sket sbb x leh pegi kubur ayah :(
salu tiap thn pas semayang raya trus pegi..
walopn x leh pegi raya first nti tora pegi la raya 4 5 ke 
so kwn3 bg la hadiah ka duit raya ka kt tora hehhe..
tora x wish pn slmt hari raya kt korang kan..
ish3 trok tol tora ni 
ok la asanya blm terlambat lg nk bemaafan dgn korang sume kan
so tora dikesempatan ini tora nk ucapkan
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT SUME KAWAN-KAWAN YG MENGENALI DIRI INI
 
tora mana??;p

cucu kesayangan mintak duit raya ;p

mak nk duit raya gak ;p

abg n adik n ank buah tora ;p
 
 raya3 skan ;p


di harap segala kesalahan tora di maafkan ye 
0-0 tau hehe

lg satu ingat raya 2010 igt bufday tora tau!!!!!!!!

jom3 pegi open house makan2 pastu berat pn mula la naik kan
bgus gak kan puasa aritu berat bdn tora da turun 2 klo lg la cm papan hehe