Sunday, August 16, 2009

~!! FaKTa TeNTaNG TiDO !!~

(APA KESUDAHANNYA KEPADA PENIDO TEGAR??)HEHE..


Pernahkah korang sume mengalami keadaan yang MERIMASKAN
terutama apabila SUKAR memberi tumpuan pada kerja atau pelajaran,
merasakan otak LEBIH LEMBAP
..DaN..
lambat berfikir berbanding dulu?

P/S: hah ni akulah salah sorg darinya..
Mungkin ada yang berpendapat
ia disebabkan peningkatan usia


Mungkin pendapat itu benar
TETAPI
kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan perhatian
DAN
‘kelembapan’ otak ini mempunyai kaitan dengan KEKURANGAN TIDO!!!.

Keperluan tidur setiap orang BERBEZA-BEZA
TETAPI
secara puratanya kita memerlukan 7 JAM tidur yang lena
bagi membolehkan badan
berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Tidur yang CUKUP bukan setakat merehatkan badan
ATAU
mengelakkan masalah MATA CENKUNG

p/s: be aware ye GURL kt luar sana!! TETAPI
ia mempunyai manfaat yang lebih penting
Tidur adalah SATU KEPERLUAN
DaN
ketika inilah badan akan MEMPERBAIKI KEROSAKAN yang berlaku pada sel
serta MEMBINA SEL BARU

Malah, ketika tidur, OTAK kita sibuk membuat persediaan
UnTUk
menghadapi keesokan harinya
KAJIAN ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur
yang cukup mampu MENINGKATKAN KEUPAYAAN untuk belajar
dan MEMBANTU MEMELIHARA daya ingatan seseorang.

Dalam satu KAJIAN LAGI, responden disuruh bermain piano mengikut
nada tertentu
Kumpulan yang dilatih pada waktu pagi dan diuji 12 jam
kemudiannya tidak menunjukkan perubahan yang ketara
Tetapi kumpulan ini
menunjukkan PENINGKATAN prestasi sebanyak 20%
selepas mendapat tidur
yang cukup.

Kumpulan KE-2 yang dilatih pada waktu petang juga menunjukkan
peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas tidur pada waktu malam
NaMUn
ujian selepas 12 jam berjaga mendapati prestasi responden tidak berubah
atau tiada peningkatan
Ini menunjukkan tidur memainkan PERANAN PENTING
dalam kebolehan belajar.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur MASIH BELUM dapat
diterangkan dengan terperinci tetapi
penyelidik percaya tidur membolehkan otak
memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal

Kajian selanjutnya mendapati TIDUR SEKEJAP pada tengah hari
juga dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar
UJIAN INGATAN terhadap responden yang diberikan
empat kursus secara terus menerus menunjukkan
keputusan yang agak BURUK

P/S: patutla result aku 'BURUK' :-)

Bagaimanapun, DAYA INGATAN mereka jauh lebih baik
apabila diberikan rehat (tidur selama 30MINIT) selepas dua kursus
Keputusan ini mencadangkan jika seseorang itu
mendapat CUKUP REHAT (fizikal dan mental)
mereka mampu mempamerkan prestasi kerja
atau pembelajaran yang lebih memberangsangkan

p/s: lecturer kena bg 30 min break la pas ni baru leh perform better kn haha
Ini kerana selepas BANGUN daripada tidur
otak LEBIH SEGAR dan boleh berfikir dengan CEPAT dan TEPAT
Tidur yang mencukupi juga dapat MENGURANGKAN TEKANAN
dan KERESAHAN yang secara tidak langsung
boleh menjejaskan kemampuan belajar


Mungkin inilah sebabnya mengapa BAYI, KANAK-KANAK dan REMAJA
memerlukan LEBIH BYK TIDO berbanding orang dewasa
Malah, kajian berkenaan juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini
mudah menerima dan belajar perkara baru dalam hidup mereka.

P/S: AKU ni REMAJA so aku kena tdo lebih byk la kn..huhu

Malah, tidur juga dianggap amat penting untuk proses pemulihan
terhadap KECEDERAAN OTAK termasuklah pada pesakit strok
kerana mereka perlu
belajar semula untuk menguasai bahasa dan rutin harian.

Ada penyelidik menyarankan supaya kita tidur apabila BERASA MENGANTUK
Namun, ramai yang MENGABAIKAN keperluan badan ini dan berusaha
MELAWAN rasa mengantuk sehinggalah tiba waktu untuk tidur
Ada juga yang masuk tidur TERLALU AWAL tetapi tidak dapat melelapkan mata
walaupun persekitaran bilik tidur sangat menyenangkan.



Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai antara kita yang
mengalami MASALAH kekurangan tidur
Bahkan tidak kurang yang kerap TERJAGA pada
waktu malam dan SUKAR untuk melelapkan mata semula.
AKIBATNYA kita mudah letih, mengantuk dan hilang daya tumpuan
jika perkara ini berlanjutan,,,Malah,LEBIH BURUK kekurangan tidur boleh
menyebabkan seseorang mudah TERTEKAN dan mengalami GANGGUAN EMOSI

P/S: ooo..baru aku tawu kwn2 yg nampak moody n muncong je muka tu sbb krg tdo upanya hehe


Jesturu itu, untuk menumpukan
perhatian, kajilah semula gaya hidup KORANG
KEKURANGAN TDO, TABIAT PEMAKANAN
yang tidak seimbang dan kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar
dalam menentukan kualiti hidup kita seharian

P/S: RENUNG2KN LAH..PIKIR2KN LAH..AMAL2KN LAH..UBAH2KN LAH..
LAST
..PEPEW JEW LEW..

4 comments:

  1. fuh...
    mmg setuju ngat kalo take5 tu ditukar jadik take10..
    wuhaahaha~

    ReplyDelete
  2. waaaa

    jom tido
    aku suke makan
    aku suke tido
    aku suke online...hehehe

    ReplyDelete
  3. yana..kamu jgn jdik penido tegar
    nti len jadinye huhu..

    ReplyDelete

sesi ramah mesra jgn malu jgn segan yer