Wednesday, March 17, 2010

~ ape nk jadi le ye~

KOTA BHARU — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) meminta Shamsudin Che Derahman,41, menyerahkan diri bagi menyelesaikan beberapa kes termasuk isu perkahwinannya dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah JHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor berkata, lelaki yang juga digelar “Sudin Ajaib” itu masih belum dapat dikesan oleh pihak berkuasa sejak enghilangkan diri.

Menurut beliau, JHEAIK kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh negara untuk menjejaki lelaki itu.

Dalam kejadian baru-baru ini, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan Shamsudin ditemui pada pukul 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan, Taman Samudera Jaya, Batu Caves, Selangor selepas 23 hari mereka berkahwin.

Sebelum ini Shamsudin sempat menikahkan anaknya sendiri, Nur Hadhirah, 10, dengan seorang lagi rakan jemaahnya yang dikenali sebagai “Azhar” dalam sebuah kereta. - Bernama

..sumber dari kosmo online..

tetiba terpiki kenapa la benda gini masih lagi terjadi..sanggup kahwinkan anak2 yg msih kanak2 lagi yg ntah tahu ke tidak apa itu perkahwinan..emm..terpiki jugak apakah yg menyebabkan ibubapa sanggup memperlakukan anak mereka sebegitu sekali..yg aku pelik tu sebaya ayah dorang lak tu yg jd suami adeii..sanggup betol lelaki yg berpangkat ayah menerima bdk yg sebaya anak mereka menjadi isteri..pelik dan sangat pelik..begitu tak paham dan terpikir apa yg mereka ingin buktikan dan tunjukkan kpd masyarakat di luar sana..ntah la...tp aku mmg sgt pelik..

p/s: apakah nasib bdk 2 orang itu ye..kesian tol..


6 comments:

  1. azhar, adakah azhar roslan.wuahaha
    dunia dah semakin pelik sekarang.ish3

    ReplyDelete
  2. adeii kamu yana..al fitnatul hehe..emm blh jadik jgk wakakak.tu la pelik2 tol la..

    ReplyDelete
  3. ramai yg menyalahgunakan ilmu agama didada & modified it jd mazhab "sudin ajaib" inila sbg contohnye... nauzubillah.. hope diorg akn sedar jgk akhirnye..

    ReplyDelete
  4. afham: ye la..arap2 drg kembali ke jln yg benar kn..macm2 la pemikiran drg neh..ilmu agama telebih ckp sgt kot smpai terpesong hehe :) arap2 sgt pas ni x da dah ajaran2 sesat ni..merosakkan akidah btl..

    ReplyDelete
  5. haku pon tatau npe la bebal sgt her father tuh. btol tu afham.

    y si emak tu tade pape respons ke? lenkali bile dh nmpak si ayah tu laen mcam jer (pakai ilmu slah ke..), tgk2 la anak tu. ni naye jer... sian anak!

    ReplyDelete
  6. huhu..emm tu la pasal..mak tu lembut sgt n ikut ckp bapak kot..tatau la, patt blh je halang benda ni dr belaku klo salah sorg mak atau ayah yg peka thdp anak2 ni..pe2pn arap mende2 alah ni x jd ag le ye..

    ReplyDelete

sesi ramah mesra jgn malu jgn segan yer