Wednesday, March 24, 2010

memang org yg banyak pikir rambut cpt gugur dan botak ye

aku asa kebanyakkan student mengalami masalah ini
tetapi pompuan yg akn lebey mengalami msalah rambut gugur
kwn2 pn ada yg mengalami msalah ini dan ada jgk yg hampir menampakkn lorong n peta2 kt kepala (botak) hehe



tapi mmg normal rambut gugur setiap ari kn
tapi kalo da hampir botak mmg agak merungsingkan le
selalu org ckp klo rambut gugur sbb byk piki salu makn meggi
ptt le student byk rambut gugur sbb meggi adalah maknan wajib student
nak lak bila da ujung2 sem ni mmg btol la kot kenyataan itu ye
bayk piki pn blh jadik gak sbb belajar ni mmg kena byk piki
tapi nk lebih tepat aku search kt mr.google le ye..
so kwn2 senasib jom kte terjah hehe

sumber menyatakan bahawasannya;

Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut. RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?

Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

cara mengatasi masalah rambut gugur;


Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.

melebatkan rambut
a) apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.

b) ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi. aku asa cukup la petua2 kt ats tu ye kalo bg byk pn blom tentu sempat nk cuba ye la kn student ni busy sokmo je..takpe kawn seperjuangan nti pas abes stdy mulakan operasi ye :-) slmt mencuba

p/s: aku pn nk cuba gak hehe..kalo da kronik serbu je yunam haircare hehe..tgu bila da keje nti ramai2 pegi situ :p megi n byk piki btol ke ada kaitan ye??ada yg tawu petua2 lain jgn lupa share ye

mak aku asal aku balik je msti letak minyak yg warna ijau nk lebatkan rambut aku katanye hehe..

12 comments:

  1. dah habis terjah
    pas ni kena pg yun nam la ek....hihi

    ReplyDelete
  2. haha..klo nk cepat pegi yunam la ye.nti jgn lupa ajak aku tau kamu blanja haha..

    ReplyDelete
  3. tapi ada jugak yg suka botak kan rambut

    ReplyDelete
  4. bior botak asal bergaya.. hahahha

    ReplyDelete
  5. bior botak asal bergaya.. tol tak tora

    ReplyDelete
  6. irwan: hehe itu botak utk fashion tp bg yg xmo ssh klo rambut jarang botakkan je hehe..ok kn?

    cik appla: hah botak licin mmg bergaya masalah nye botak yg x sekata ni gimana seh..x bergaya ar haha

    ReplyDelete
  7. bie: sesekali kna wat n3 sal info gak kn bie..hehe..tgu next info dr tora ye bie..tq

    ReplyDelete
  8. bia botak asal bergaye.

    TIRU CKP MISS APPLE!

    ReplyDelete
  9. hehehe.. botak itu kacak juge pade sesetengah bentuk kepale :)

    ReplyDelete
  10. saya botak sebab potong rambut...kadang2 mungkin itu sebab kenapa rambut gugur...bila fikir byk akan hasilkan minyak di kulit kepala then akan mematikan sel...hak3

    ReplyDelete
  11. sheh..kamu blh kwn dgn nurul aina hehe

    afham:ikt kesesuaian le tp bg lelaki tdk pelik sgt le ;p

    bean moreno: oooo..sbb tu pn blh jd botak gak ye..info br ni tq2 hehe

    ReplyDelete

sesi ramah mesra jgn malu jgn segan yer