Sukan berprestij dunia Olimpik Landon 2012 telah pun berlangsung dan hari ini merupakan ari ke-2 berlangsungnya beberapa acara yang melibatkan atlet negara malaysia. Apa yang menyedihkan kita gagal mendapat sebarang pingat bagi acara yang telah pun berlangsung antaranya bagi sukan menembak dimana atlet negara Nur suryani gagal menempatkan diri ke pusingan seterusnya seperti dalam petikan mstar berliau berkata;
LONDON:
"Mungkin belum ada rezeki lagi. Baby okay cuma ketika hendak mula menembak
tadi, baby ada menendang sedikit," kata penembak negara Nur Suryani Mohd
Taibi mengenai kegagalannya melepasi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air
Rifle Wanita.
Nur Suryani, yang kini mengandung lapan bulan,
mengutip 392 mata untuk menduduki tangga ke-34 daripada 56 peserta yang layak
menyertai acara ini di lapang sasar Royal Artillery Barracks, di sini, Sabtu.
Beliau bagaimanapun berpuashati dengan kutipan mata
tersebut kerana hanya mensasarkan 390 mata pada saingan itu. "Catatan
peribadi terbaik saya ialah 397. Memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya
sasarkan 390 mata. Tidak sangka dapat tembak 392," katanya.
Walaupun gagal melepasi pusingan pembukaan, Nur
Suryani tetap menjadi tumpuan media yang membuat liputan temasya sukan terbesar
dunia itu.
Apapun tahniah diatas semangat tinggi yang ditunjukkan kerana beraksi ketika sedang mengandung.
Bagi acara memanah serta pelumba basikal negara juga gagal mengutip sebarang pingat dan marilah kita memberi sokongan pada atlet negara agar membawa pulang pingat emas pertama pada olimpik kali ini sekaligus mengjulang nama Malaysia di persada dunia
go malaysia go!!!!!!
kedudukan terkini pingat 30 julai 2012
Anda boleh ikuti perkembangan terkini sukan Olimpik Landon 2012 di web ini dan siaran langsung 24 jam di TV2
No comments:
Post a Comment
sesi ramah mesra jgn malu jgn segan yer