Monday, September 20, 2010

sabarlah, engkau akan berjaya

Telah diriwayatkan dari ummu Rabi' binti Barra, ibunya harithah bin suraqah yang gugur dalam perang Badar bahawa ia datang kepada Rasulullah S.A.W. ingin mendengar dari beliau perihal keadaan anaknya yang mati syahid untuk menyejukkah hatinya.  Dia bertanya:



"wahai Rasulullah, mahukah engkau ceritakan kepadaku perihal nasib Harithah? Jika dia berada di dalam syurga, maka aku bersabar dan jika selain itu, maka aku akan menangisinya sekuat-kuatnya." Rasullullah S.A.W. menjawabnya sekuat-kuatnya." Rasulullah S.A.W. menjawab:

"wahai Ummu Harithah, sesungguhnya dalam syurga terdapat banyak taman dan sesungguhnya anakmu mendapat tempat yg tertinggi di dalam syurga Firdaus."

kehilangan anak merupakan sesuatu yang luar biasa yg merobek-robek hati dan menggetarkan dada, wanita itu bertanya kepada Rasulullah S.A.W. bahawa jika anaknya di syurga, maka dia akan berjumpa kembali dgn izin Allah.  kesabarannya atas perpisahannya dengan anaknya mengangkat darjatnya dan darjat anaknya di syurga.  Jika keadaan sebaliknya, maka akan membuatnya menangis semahu-mahunya kerana berpisah dengan anak yang dikasihinya.  Sesungguhnya seperti itulah keadaan seorang ibu yang ditinggal mati oleh anaknya.  Dialah seorang ibu yang sangat pengasih, penyayang, lembut, sabar dan selalu mengharap balasan dari Allah semata-mata.  

besabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup, 
kerana kebiasaannya sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan.

"jika wanita yg cantik itu ibarat permata maka wanita yang budiman adalah ibarat perbendaharaan kekayaan"

p/s: tora sekadar nk share dgn kawan2 petikan dari buku jangan bersedih...lagipn dgn cara ini tora dpt membaca buku yg tora beli da lama dan x terbaca ini..alhamdulillah mmg berkesan sbb secara x langsung tora mmg dpt memahami mesej yg disampaikan melalui buku "jangan bersedih" ini..

selamat membaca =)

1 comment:

sesi ramah mesra jgn malu jgn segan yer